Selamat Datang !!!!

Monday 1 October 2012

Refleksi Keseluruhan BMM3105

Memulakan Semester 3 dengan mata pelajaran BMM3105, Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Seronok juga rasanya, boleh la belajar banyak lagi tentang komputer. Tugasan pertama, menghantar alamat e-mail dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur kepada pensyarah sebelum interaksi ke dua, . Rasanya tidak ada masalah, sebab dah biasa e-mail dan mencari bahan di internet. Yang bermasalah sedikit hanyalah untuk menghasilkan brosur yang cantik dan kemas. Namun begitu, Alhamdullillah, berjaya juga menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut tarikh yang ditetapkan. Namun begitu ada ada lagi tugasan iaitu menyediakan folder dan empat subfolder fokus kepada Bahasa Melayu. Tuagasan ini agak mudah disediakan, Cuma cari tema dan buat empat subfolder iaitu grafik, audio, teks dan video. Tugasan ini perlu disiapkan sebelum interaksi kedua. Alhamdulillah siap mengikut masa yang ditetapkan. Tugasan selanjutnya ini agak payah sebab tidak pernah dibuat sebelum ini. Membina blog. Saya berasa begitu tertekan, bimbang dan tercabar untuk menyiapkannya kerana kecetekan ilmu tentang pembinaan blog. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan sebuah blog. Bermula dengan menyoal rakan-rakan guru yang pernah menghasilkan blog dan mencari nota yang berkaitan dengan pembinaan blog. Saya cuba membina blog melalui ilmu-ilmu yang saya dapat, namun saya masih tidak faham bagaimana untuk meneroka dan hampir-hampir berputus asa. Dalam keadaan yang tertekan itu, rupa-rupanya anak saya yang berumur sebelas tahun memerhatikan saya dan menawarkan diri untuk membantu. Saya agak terkejut tapi bersyukur kerana Allah telah memudahkan kerja saya. Walaupun pengetahuannya mengenai blog hanyalah pada peringkat asas pembinaan tapak blog, ianya amat membantu diri ini. Akhirnya dengan bantuannya dapatlah saya menghasilkan sebuah tapak blog yang bagi saya amatlah hebat. Kemudian setelah tapak blog sudah ada, saya terus meneroka bagaimana untuk mencantikkan lagi blog saya, dan berazam untuk terus mengemaskinikan blog saya dan harapan saya semoga blog saya akan dapat dimanafaatkan oleh orang lain dengan perkongsian ilmu dan pengalaman yang saya ada. Dari interaksi ke interaksi banyak yang saya pelajari mengenai internet dan cara membina blog. Saya meneruskan lagi penerokaan tentang blog hari demi hari, dan sehingga saat ini saya amat berpuas hati kerana blog ini dibina atas daya usaha saya dan pertolongan dariNYA JUA. Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan sebuah blog. Interaksi selanjutnya, kami belajar mengenai membina bahan bantu mengajar menggunakan perisian powerpoint. Banyak yang saya belajar mengenai menghasilkan sebuah persembahan yang sempurna. Sebelum ini saya hanyalah membuat persembahan powerpoint ikut pandangan mata sendiri. Nampak menarik, kira jadilah tu, rupanya banyak yang perlu diperbaiki bagi memantapkan sesebuah persembahan powerpoint. Tugasan selanjutnya, membina bahan bantu mengajar menggunakan powerpoint. Tugasan ini berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Alhamdullah. Seterusnya, interaksi terakhir kami perlu melengkapkan blog masing-masing dengan senaraikan yang diberikan pensyarah. Banyak juga, tapi atas bimbingan dapatlah juga saya siapkan. Akhir sekali kami perlu menghantar fail yang mengandungi tugasan cara bina blog yang hanya perlu diambil dari internet dan diedit, biodata diri, bahan pembelajaran dan blog yang siap dicetak dan akhir sekali masukkan bahan pembelajaran, folder utama dan subfolder dan refleksi keseluruhan ke dalam CD. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan. Buat keluarga tersayang terima kasih kerana memahami. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah blog dan tugasan-tugasan lain berjaya disiapkan. Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa bantu-membantu. Amin.............

Friday 28 September 2012

Tips PERCUMA !!!!

Panduan & Teknik Mendidik Anak Yang Cemerlang! Anak-anak adalah merupakan salah satu anugerah terindah dari Allah kepada mereka yang bergelar Ibu & Bapa. Tidak dapat dinafikan, kehidupan rumahtangga pasti menjadi lebih ceria dan menyeronokkan dengan kehadiran anak-anak. Namun begitu, ibu-bapa perlu sedar, bahawa anugerah ini juga datang dengan sebuah tanggungjawap yang besar, iaitu tanggungjawap untuk mendidik dan membentuk si anak , agar menjadi seorang insan yang berguna dan cemerlang. Ianya adalah satu tanggungjawap yang besar untuk ibu-bapa mendidik & mencorakkan kehidupan anak mereka. Sepertimana Sabda Nabi Muhammad S.A.W.. "Sebaik-baik manusia antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat pada orang lain .." - Bukhari & Muslim Sumber : Pn. Suhaila Abu Kassim, Penulis Ebook

PIPP


•Membina negara bangsa
Memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.

•Membangunkan modal insanMeningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.

•Memperkasakan Sekolah KebangsaanMenambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.

•Merapatkan jurang pendidikanMembangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.

•Memartabatkan profesion keguruan
Menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.

•Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikanMemilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah
kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.

Sumber : Mohd Nazri
http://ptk44.blogspot.com/2009/05/pelan-induk-pembangunan-pendidikan-pipp.html

Wednesday 26 September 2012

Guru Perlu Jujur Didik Anak Bangsa....

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Guru perlu jujur didik anak bangsa cintai tanah air. Guru selaku pendidik bertanggungjawab mengajar anak bangsa agar mencintai tanah air dan memperjuangkan hak mereka dengan jujur, kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. A. Samad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, beliau sangat berharap agar guru bersikap jujur dalam menyampaikan apa juga ilmu kepada para pelajar. “Saya harap guru adalah asas kejujuran. Guru adalah orang yang mendidik, jadi saya harap sangat mereka jujur untuk mendidik anak-anaknya supaya mencintai tanah airnya dan memperjuangkan hak mereka,” kata beliau ketika ditemui di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, dekat sini, hari ini.Baca Lagi >>>>> .
—– Sumber : Harakahdaily |16/05/2012|

Engkau Inginkan RedhaNya Tapi...

Duhai diri.. ada sedikit pesanan buatmu.. kau kata kau nak cari redha Allah.. Betulkah? Betulkah kau nak cari redha Allah?
Kalau betul.. kenapa kau tidak serius? kenapa kau masih bermalas-malas? kenapa kau masih berlemah-lemah? kenapa kau tangguh-tangguh kebaikan? kenapa kau layan sesuatu yang merosakkan? kenapa kau masih tidak bersungguh-sungguh? Tazkirah>>>>

Sunday 16 September 2012

Baiki Tulisan Cakar Ayam

Ramai murid di luar sana mengatasi masalah berkaitan tulisan. Oleh itu, isu ini perlu diatasi sebaiknya. Ada murid yang faham bahasa mudah akan dapat perbaiki cara menulis dalam masa yang singkat. Ada juda yang mengambil masa yang lama. Tulisan kanak-kanak yang tidak cermat boleh diperbaiki. Tetapi mesti diteliti terlebih dahulu apakah punca utama murid menulis sedemikian. Disenaraikan antara punca murid mempunyai tulisan yang tidak kemas, tidak tersusun, tertinggal huruf, huruf tidak sekata dan sebagainya di bawah ini : Baca Lagi>>>> Sumber : NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN