Selamat Datang !!!!

LINUS Tegar

Topik ini adalah berkaitan dengan murid LINUS TEGAR yang saya percaya membelengu reputasi sesebuah sekolah. Pelbagai andaian yang timbul dengan adanya murid kategori TEGAR ini, bermakna guru tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah kita bincangkan sedikit mengenai murid LINUS TEGAR ini. Umum sedia maklum, lebih-lebih lagi guru yang mengajar murid kategori ini. Andaikan sehingga bulan Ogos 2011, murid masih belum melepasi konstruk 1 dan 2 sedangkan guru setiap hari memerah idea dan tenaga untuk memastikan murid ini melepasi konstruk 1 hingga 8. Malangnya, ada saki baki murid yang tertinggal akibat tidak melepasi konstruk 1 dan 2. Bagaimana hal sedemikian boleh terjadi? Adakah guru terlepas pandang murid ini? Saya tidak berpuas hati apabila pelbagai tomahan dilemparkan kepada sesetengah guru LINUS apabila murid TEGAR masih ramai di sekolah berkenaan, guru tersebut didakwa tidak mengajar dengan bagus, guru tidak menjalankan tugas dengan baik, guru tidak buat ‘home work’ untuk kaji masalah murid dan macam-macam lagi. Kasihan apabila mendengar ramai guru LINUS merungut bukan salah mereka.
CARI JALAN PENYELESAIAN SEGERA>>>>

No comments:

Post a Comment