Selamat Datang !!!!

REFLEKSI


Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan sebuah blog  walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian.  Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3105 ini, bahawa saya perlu menyiapkan sebuah blog, saya berasa begitu tertekan, bimbang dan tercabar untuk menyiapkannya kerana kecetekan ilmu tentang pembinaan blog.
Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan sebuah blog. Bermula dengan menyoal rakan-rakan guru yang pernah menghasilkan blog  dan  mencari nota yang berkaitan dengan pembinaan blog. Saya cuba membina blog melalui ilmu-ilmu yang saya dapat, namun saya masih tidak faham  bagaimana untuk meneroka  dan hampir-hampir berputus asa.  
Dalam keadaan yang tertekan itu, rupa-rupanya anak saya yang berumur sebelas tahun memerhatikan saya dan menawarkan diri untuk membantu. Saya agak terkejut tapi bersyukur kerana Allah telah memudahkan kerja saya. Walaupun pengetahuannya mengenai blog hanyalah pada peringkat asas pembinaan tapak blog, ianya amat membantu diri ini.
            Akhirnya dengan bantuannya dapatlah saya menghasilkan sebuah tapak blog yang bagi saya amatlah hebat.  Kemudian setelah tapak blog sudah ada, saya terus meneroka bagaimana untuk mencantikkan lagi blog saya, dan berazam untuk terus mengemaskinikan blog saya dan harapan saya semoga blog saya akan dapat dimanafaatkan oleh orang lain dengan perkongsian  ilmu dan pengalaman yang saya ada.
             Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan yang  telah banyak membantu saya dalam pembinaan blog ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah blog ini dapat disiapkan.  Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa bantu-membantu. Amin.............

No comments:

Post a Comment