Selamat Datang !!!!

Friday 28 September 2012

Tips PERCUMA !!!!

Panduan & Teknik Mendidik Anak Yang Cemerlang! Anak-anak adalah merupakan salah satu anugerah terindah dari Allah kepada mereka yang bergelar Ibu & Bapa. Tidak dapat dinafikan, kehidupan rumahtangga pasti menjadi lebih ceria dan menyeronokkan dengan kehadiran anak-anak. Namun begitu, ibu-bapa perlu sedar, bahawa anugerah ini juga datang dengan sebuah tanggungjawap yang besar, iaitu tanggungjawap untuk mendidik dan membentuk si anak , agar menjadi seorang insan yang berguna dan cemerlang. Ianya adalah satu tanggungjawap yang besar untuk ibu-bapa mendidik & mencorakkan kehidupan anak mereka. Sepertimana Sabda Nabi Muhammad S.A.W.. "Sebaik-baik manusia antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat pada orang lain .." - Bukhari & Muslim Sumber : Pn. Suhaila Abu Kassim, Penulis Ebook

PIPP


•Membina negara bangsa
Memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.

•Membangunkan modal insanMeningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.

•Memperkasakan Sekolah KebangsaanMenambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.

•Merapatkan jurang pendidikanMembangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.

•Memartabatkan profesion keguruan
Menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.

•Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikanMemilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah
kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.

Sumber : Mohd Nazri
http://ptk44.blogspot.com/2009/05/pelan-induk-pembangunan-pendidikan-pipp.html

Wednesday 26 September 2012

Guru Perlu Jujur Didik Anak Bangsa....

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Guru perlu jujur didik anak bangsa cintai tanah air. Guru selaku pendidik bertanggungjawab mengajar anak bangsa agar mencintai tanah air dan memperjuangkan hak mereka dengan jujur, kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. A. Samad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, beliau sangat berharap agar guru bersikap jujur dalam menyampaikan apa juga ilmu kepada para pelajar. “Saya harap guru adalah asas kejujuran. Guru adalah orang yang mendidik, jadi saya harap sangat mereka jujur untuk mendidik anak-anaknya supaya mencintai tanah airnya dan memperjuangkan hak mereka,” kata beliau ketika ditemui di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, dekat sini, hari ini.Baca Lagi >>>>> .
—– Sumber : Harakahdaily |16/05/2012|

Engkau Inginkan RedhaNya Tapi...

Duhai diri.. ada sedikit pesanan buatmu.. kau kata kau nak cari redha Allah.. Betulkah? Betulkah kau nak cari redha Allah?
Kalau betul.. kenapa kau tidak serius? kenapa kau masih bermalas-malas? kenapa kau masih berlemah-lemah? kenapa kau tangguh-tangguh kebaikan? kenapa kau layan sesuatu yang merosakkan? kenapa kau masih tidak bersungguh-sungguh? Tazkirah>>>>

Sunday 16 September 2012

Baiki Tulisan Cakar Ayam

Ramai murid di luar sana mengatasi masalah berkaitan tulisan. Oleh itu, isu ini perlu diatasi sebaiknya. Ada murid yang faham bahasa mudah akan dapat perbaiki cara menulis dalam masa yang singkat. Ada juda yang mengambil masa yang lama. Tulisan kanak-kanak yang tidak cermat boleh diperbaiki. Tetapi mesti diteliti terlebih dahulu apakah punca utama murid menulis sedemikian. Disenaraikan antara punca murid mempunyai tulisan yang tidak kemas, tidak tersusun, tertinggal huruf, huruf tidak sekata dan sebagainya di bawah ini : Baca Lagi>>>> Sumber : NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Friday 14 September 2012

Koleksi Simpulan Bahasa Dan Soalan

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut: Sambungan>>>>> Sumber : Cikgu Wan Salmah

Saturday 8 September 2012

Beberapa Masalah Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Tajuk ini penting bagi guru dan pelajar. Pengajaran, pembelajaran, dan penguasaan bahasa Malaysia yang sempurna adalah penting bagi para pelajar. Tanpa penguasaan bahasa yang sempurna, seluruh proses pembelajaran yang menggunakan bahasa Malaysia akan menjadi hambar. Perkara ini perlu ditinjau:sebab, walaupun pengajaran bahasa Malaysia pada hari ini dapat dikatakan baik pada keseluruhannya, tetapi masih ada kelemahan-kelemahan yang boleh dibaiki. Perkara ini dapat dilihat dari enam segi: proses pengajaran dan pembelajaran, sikap (nilai dan dasar), dorongan dalam pembelajaran, beberapa masalah yang menyebabkan kegagalan, dan beberapa masalah guru dalam mengajar. Baca Lagi>>>>> Sumber : Profesor Emeritus Abdullah Hassan

Thursday 6 September 2012

LINUS Tegar

Topik ini adalah berkaitan dengan murid LINUS TEGAR yang saya percaya membelengu reputasi sesebuah sekolah. Pelbagai andaian yang timbul dengan adanya murid kategori TEGAR ini, bermakna guru tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah kita bincangkan sedikit mengenai murid LINUS TEGAR ini. Umum sedia maklum, lebih-lebih lagi guru yang mengajar murid kategori ini. Andaikan sehingga bulan Ogos 2011, murid masih belum melepasi konstruk 1 dan 2 sedangkan guru setiap hari memerah idea dan tenaga untuk memastikan murid ini melepasi konstruk 1 hingga 8. Malangnya, ada saki baki murid yang tertinggal akibat tidak melepasi konstruk 1 dan 2. Bagaimana hal sedemikian boleh terjadi? Adakah guru terlepas pandang murid ini? Saya tidak berpuas hati apabila pelbagai tomahan dilemparkan kepada sesetengah guru LINUS apabila murid TEGAR masih ramai di sekolah berkenaan, guru tersebut didakwa tidak mengajar dengan bagus, guru tidak menjalankan tugas dengan baik, guru tidak buat ‘home work’ untuk kaji masalah murid dan macam-macam lagi. Kasihan apabila mendengar ramai guru LINUS merungut bukan salah mereka.
CARI JALAN PENYELESAIAN SEGERA>>>>

Saturday 1 September 2012

Kata Adjektif

Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya. 1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat. A. Jenis-jenis kata Adjektif 3. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat. Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya. 1. Adjektif Jati Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati. Contoh Buku itu berwarna biru. Budak kurus itu kawan saya. 2. Ajdektif Bilangan atau pecahan Ia menunjukkan bilangan atau pecahan. Contoh Ayah memiliki dua buah kereta. Saya membeli beberapa kuntum bunga. 3. Adjektif Tunjuk Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana” contoh Baju ini mahal harganya. Perkara demikian jangan diulangi lagi. Baca seterusnya >>>>> Sumber : Cikgu Haidi