Selamat Datang !!!!

Friday 31 August 2012

Penjodoh Bilangan Tahun 1

1- Penjodoh Bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. 2- Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz dan sebagainya. 3-Contoh-contohnya seperti berikut: Baris- Untuk benda yang tersusun atau orang yang beratur seperti kedai,pokok,orang. Batang – Untuk benda yang panjang seperti pembaris, kayu,sungai,pen dan sebagainya. Biji – Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik,buah-buahan dan sebagainya. Cucuk – Untuk benda-benda tang dicucuk seperti sate,buah-buahan dan sebagainya. Das – Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam. Ekor – untuk haiwan seperti monyet,ayam dan sebagainya. Gugus -Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan dan sebagainya. Ikat - untuk benda yang diikat seperti sayur, buah-buahan dan sebagainya. Jambak – Untuk benda yang dalam bentuk berangkai-rangkai seperti bunga, anak kunci Keping – Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan dan sebagainya. Ketul - Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti ais, arang dan sebagainya. Laras – untuk senjata api seperi senapang, pistol, meriam dan sebagainya. Lembar -Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali dan sebagainya. Pasang - Untuk benda-benda yang berpasangan seperti kasut, baju dan sebagainya. Sikat – Untuk pisang. Ulas – Untuk isi bua seperti durian, nangka, cempedak dan sebagainya. Utas – Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti dawai, rantai,tali dan sebagainya. Sumber : Mamaaina http://bahasamelayutuisyen.wordpress.com/category/upsr-tatabahasa/

Wednesday 29 August 2012

REFLEKSI


Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan sebuah blog  walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian.  Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3105 ini, bahawa saya perlu menyiapkan sebuah blog, saya berasa begitu tertekan, bimbang dan tercabar untuk menyiapkannya kerana kecetekan ilmu tentang pembinaan blog.
Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan sebuah blog. Bermula dengan menyoal rakan-rakan guru yang pernah menghasilkan blog  dan  mencari nota yang berkaitan dengan pembinaan blog. Saya cuba membina blog melalui ilmu-ilmu yang saya dapat, namun saya masih tidak faham  bagaimana untuk meneroka  dan hampir-hampir berputus asa.  
Dalam keadaan yang tertekan itu, rupa-rupanya anak saya yang berumur sebelas tahun memerhatikan saya dan menawarkan diri untuk membantu. Saya agak terkejut tapi bersyukur kerana Allah telah memudahkan kerja saya. Walaupun pengetahuannya mengenai blog hanyalah pada peringkat asas pembinaan tapak blog, ianya amat membantu diri ini.
            Akhirnya dengan bantuannya dapatlah saya menghasilkan sebuah tapak blog yang bagi saya amatlah hebat.  Kemudian setelah tapak blog sudah ada, saya terus meneroka bagaimana untuk mencantikkan lagi blog saya, dan berazam untuk terus mengemaskinikan blog saya dan harapan saya semoga blog saya akan dapat dimanafaatkan oleh orang lain dengan perkongsian  ilmu dan pengalaman yang saya ada.
             Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan yang  telah banyak membantu saya dalam pembinaan blog ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah blog ini dapat disiapkan.  Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa bantu-membantu. Amin.............

Thursday 9 August 2012

KATALOG ALAMAT INTERNET



WEB BERITA

Tajuk: Sekolah Dedah Bahaya Facebook
Sinopsis:Pelajar sekolah menengah dan rendah di negara ini akan 
didedahkan tentang bahaya laman sosial yang boleh mendedahkan 
mereka kepada risiko menjadi mangsa penculikan dan penipuan terancang.  

Tajuk : Atlet Berpuasa Tetap Menang Emas di Olimpik 2012
Sinopsis :Atlet warga Britian, Mo Farah telah memenangi   pingat emas acara
 larian 10,000 meter di Olimpik London 2012. 

TAJUK :  Hilangnya Roh Ramadhan
SINOPSIS:Bulan yang mulia ini  dicemari oleh imej umat islam sendiri 
dengan berniaga sesuka hati seawal jam 10 pagi dan pelanggan yang membeli 
makanan ini puratanya adalah umat islam.

WEB/BLOG PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


TAJUK       :  Tatabahasa
SINOPSIS  :  Blog Pembelajaran Bahasa Melayu mengenai bentuk kata


TAJUK       :  Mari belajar Perkataan KVKVK
SINOPSIS  :  Blog pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1


TAJUK       :  BM STPM DAN MARA
URL            :  http://khirkassim.blogspot.com/
SINOPSIS  :  Blog pembelajaran Bahasa Melayu untuk STPM dan SPM

WEB/BLOG BERKAITAN SASTERA/BAHASA/SENI/BUDAYA


TAJUK       :  Genre Drama
SINOPSIS  :  Blog yang memberikan pendedahan tentang drama


TAJUK       :  Seni Dalam Islam
SINOPSIS  :  Blog mengenai konsep seni dalam islam.


TAJUK       :  Pena Kembara
SINOPSIS  :  Blog mengenai perspektif bahasa oleh Nik Safiah Karim


Wednesday 8 August 2012

CARA GUNA ENJIN CARIAN DI INTERNET


Enjin Carian Di Internet
Ø  ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa yang cepat.
Ø  pengguna enjin carian perlu cekap untuk mendapatkan carian.
Ø  Struktur binaan sesebuah enjin carian umumnya sama.
Ø       GoogleContoh perbincangan  :  Enjin carian 
Kaedah yang betul guna enjin carian di Internet  :-
1.    Guna kata kunci atau terma yang unik dan spesifik.
2.    Guna  tanda tolak (-)
3.    Penggunaan tanda pengikat kata (" ")
4.    Pengunaan huruf besar dan huruf kecil.
5.    Tidak menggunakan perkataan kebiasaan contoh untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. dan tanda seruan. Namun,enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian jika ia ada dalam pengikat kata (" ").
6.    Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian.
7.    Gunakan perkataan asas bagi berbahasa
8.    Penggunaan Browser History 
9.    Had masa carian dan guna kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut :-
Ø  Penggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
Ø  Membuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik
Ø  Menggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
Ø  Membuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
Ø  Bertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.
10. Simbol-simbol yang boleh diguna pakai bagi menambahkan kespesifikan carian:  
Ø  Tanda tambah ( + )
Ø  Tanda aliran ( ~ )
Ø  Tanda asterik ( * )
Ø  Tanda atau ( OR ) atau ( | ) –
Ø  Julat penomboran
Ø  Penggunaan carian pintar atau Advanced Search
Ø  Penggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google.
     
 Sumber  :
 Utusan On Line, Arkib : 09/05/2011         

Garis Panduan Dan Etika Penggunaan Internet



Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet

ETIKA KOMPUTER
ü Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
ü Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat
MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
  •  Penggertak
  • Penyalahgunaan internet
  •  Virus
  •  Hak cipta
  • Perisian cetak Rompak
Penggertak:
·   Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
·   Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuankemusnahan
Penyalahgunaan internet
· Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
Virus:
· Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.
Hak cipta terpelihara
· Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu


Perisian cetak rompak:
  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual


PRINSIP ETIKA KOMPUTER
 Keseimbangan
 keizinan temaklum
 keadilan
 Meminimum-kan risiko
PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

SUMBER  :