Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana
dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan sebuah blog walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran
kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3105 ini, bahawa saya perlu menyiapkan sebuah blog, saya berasa begitu tertekan, bimbang dan tercabar untuk menyiapkannya kerana kecetekan ilmu tentang pembinaan blog.
Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan
semangat saya untuk cuba menghasilkan sebuah blog. Bermula dengan menyoal
rakan-rakan guru yang pernah menghasilkan blog dan mencari nota yang berkaitan dengan pembinaan
blog. Saya cuba membina blog melalui ilmu-ilmu yang saya dapat, namun saya masih
tidak faham bagaimana untuk meneroka dan hampir-hampir berputus asa.
Dalam keadaan yang tertekan itu, rupa-rupanya
anak saya yang berumur sebelas tahun memerhatikan saya dan menawarkan diri
untuk membantu. Saya agak terkejut tapi bersyukur kerana Allah telah memudahkan
kerja saya. Walaupun pengetahuannya mengenai blog hanyalah pada peringkat asas pembinaan tapak blog, ianya amat membantu
diri ini.
Akhirnya
dengan bantuannya dapatlah saya menghasilkan sebuah tapak blog yang bagi saya
amatlah hebat. Kemudian setelah tapak
blog sudah ada, saya terus meneroka bagaimana untuk mencantikkan lagi blog
saya, dan berazam untuk terus mengemaskinikan blog saya dan harapan saya semoga
blog saya akan dapat dimanafaatkan oleh orang lain dengan perkongsian ilmu dan pengalaman yang saya ada.
Di
kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan yang telah banyak membantu saya dalam pembinaan
blog ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu
sehinggalah blog ini dapat disiapkan. Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa bantu-membantu. Amin.............
No comments:
Post a Comment