Selamat Datang !!!!

Monday, 1 October 2012

Refleksi Keseluruhan BMM3105

Memulakan Semester 3 dengan mata pelajaran BMM3105, Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Seronok juga rasanya, boleh la belajar banyak lagi tentang komputer. Tugasan pertama, menghantar alamat e-mail dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur kepada pensyarah sebelum interaksi ke dua, . Rasanya tidak ada masalah, sebab dah biasa e-mail dan mencari bahan di internet. Yang bermasalah sedikit hanyalah untuk menghasilkan brosur yang cantik dan kemas. Namun begitu, Alhamdullillah, berjaya juga menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut tarikh yang ditetapkan. Namun begitu ada ada lagi tugasan iaitu menyediakan folder dan empat subfolder fokus kepada Bahasa Melayu. Tuagasan ini agak mudah disediakan, Cuma cari tema dan buat empat subfolder iaitu grafik, audio, teks dan video. Tugasan ini perlu disiapkan sebelum interaksi kedua. Alhamdulillah siap mengikut masa yang ditetapkan. Tugasan selanjutnya ini agak payah sebab tidak pernah dibuat sebelum ini. Membina blog. Saya berasa begitu tertekan, bimbang dan tercabar untuk menyiapkannya kerana kecetekan ilmu tentang pembinaan blog. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan sebuah blog. Bermula dengan menyoal rakan-rakan guru yang pernah menghasilkan blog dan mencari nota yang berkaitan dengan pembinaan blog. Saya cuba membina blog melalui ilmu-ilmu yang saya dapat, namun saya masih tidak faham bagaimana untuk meneroka dan hampir-hampir berputus asa. Dalam keadaan yang tertekan itu, rupa-rupanya anak saya yang berumur sebelas tahun memerhatikan saya dan menawarkan diri untuk membantu. Saya agak terkejut tapi bersyukur kerana Allah telah memudahkan kerja saya. Walaupun pengetahuannya mengenai blog hanyalah pada peringkat asas pembinaan tapak blog, ianya amat membantu diri ini. Akhirnya dengan bantuannya dapatlah saya menghasilkan sebuah tapak blog yang bagi saya amatlah hebat. Kemudian setelah tapak blog sudah ada, saya terus meneroka bagaimana untuk mencantikkan lagi blog saya, dan berazam untuk terus mengemaskinikan blog saya dan harapan saya semoga blog saya akan dapat dimanafaatkan oleh orang lain dengan perkongsian ilmu dan pengalaman yang saya ada. Dari interaksi ke interaksi banyak yang saya pelajari mengenai internet dan cara membina blog. Saya meneruskan lagi penerokaan tentang blog hari demi hari, dan sehingga saat ini saya amat berpuas hati kerana blog ini dibina atas daya usaha saya dan pertolongan dariNYA JUA. Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan sebuah blog. Interaksi selanjutnya, kami belajar mengenai membina bahan bantu mengajar menggunakan perisian powerpoint. Banyak yang saya belajar mengenai menghasilkan sebuah persembahan yang sempurna. Sebelum ini saya hanyalah membuat persembahan powerpoint ikut pandangan mata sendiri. Nampak menarik, kira jadilah tu, rupanya banyak yang perlu diperbaiki bagi memantapkan sesebuah persembahan powerpoint. Tugasan selanjutnya, membina bahan bantu mengajar menggunakan powerpoint. Tugasan ini berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Alhamdullah. Seterusnya, interaksi terakhir kami perlu melengkapkan blog masing-masing dengan senaraikan yang diberikan pensyarah. Banyak juga, tapi atas bimbingan dapatlah juga saya siapkan. Akhir sekali kami perlu menghantar fail yang mengandungi tugasan cara bina blog yang hanya perlu diambil dari internet dan diedit, biodata diri, bahan pembelajaran dan blog yang siap dicetak dan akhir sekali masukkan bahan pembelajaran, folder utama dan subfolder dan refleksi keseluruhan ke dalam CD. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan. Buat keluarga tersayang terima kasih kerana memahami. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah blog dan tugasan-tugasan lain berjaya disiapkan. Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa bantu-membantu. Amin.............