Monday, 1 October 2012
Refleksi Keseluruhan BMM3105
Memulakan Semester 3 dengan mata pelajaran BMM3105, Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Seronok juga rasanya, boleh la belajar banyak lagi tentang komputer.
Tugasan pertama, menghantar alamat e-mail dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur kepada pensyarah sebelum interaksi ke dua, . Rasanya tidak ada masalah, sebab dah biasa e-mail dan mencari bahan di internet. Yang bermasalah sedikit hanyalah untuk menghasilkan brosur yang cantik dan kemas. Namun begitu, Alhamdullillah, berjaya juga menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut tarikh yang ditetapkan.
Namun begitu ada ada lagi tugasan iaitu menyediakan folder dan empat subfolder fokus kepada Bahasa Melayu. Tuagasan ini agak mudah disediakan, Cuma cari tema dan buat empat subfolder iaitu grafik, audio, teks dan video. Tugasan ini perlu disiapkan sebelum interaksi kedua. Alhamdulillah siap mengikut masa yang ditetapkan.
Tugasan selanjutnya ini agak payah sebab tidak pernah dibuat sebelum ini. Membina blog. Saya berasa begitu tertekan, bimbang dan tercabar untuk menyiapkannya kerana kecetekan ilmu tentang pembinaan blog.
Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan sebuah blog. Bermula dengan menyoal rakan-rakan guru yang pernah menghasilkan blog dan mencari nota yang berkaitan dengan pembinaan blog. Saya cuba membina blog melalui ilmu-ilmu yang saya dapat, namun saya masih tidak faham bagaimana untuk meneroka dan hampir-hampir berputus asa.
Dalam keadaan yang tertekan itu, rupa-rupanya anak saya yang berumur sebelas tahun memerhatikan saya dan menawarkan diri untuk membantu. Saya agak terkejut tapi bersyukur kerana Allah telah memudahkan kerja saya. Walaupun pengetahuannya mengenai blog hanyalah pada peringkat asas pembinaan tapak blog, ianya amat membantu diri ini.
Akhirnya dengan bantuannya dapatlah saya menghasilkan sebuah tapak blog yang bagi saya amatlah hebat. Kemudian setelah tapak blog sudah ada, saya terus meneroka bagaimana untuk mencantikkan lagi blog saya, dan berazam untuk terus mengemaskinikan blog saya dan harapan saya semoga blog saya akan dapat dimanafaatkan oleh orang lain dengan perkongsian ilmu dan pengalaman yang saya ada.
Dari interaksi ke interaksi banyak yang saya pelajari mengenai internet dan cara membina blog. Saya meneruskan lagi penerokaan tentang blog hari demi hari, dan sehingga saat ini saya amat berpuas hati kerana blog ini dibina atas daya usaha saya dan pertolongan dariNYA JUA. Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan sebuah blog.
Interaksi selanjutnya, kami belajar mengenai membina bahan bantu mengajar menggunakan perisian powerpoint. Banyak yang saya belajar mengenai menghasilkan sebuah persembahan yang sempurna. Sebelum ini saya hanyalah membuat persembahan powerpoint ikut pandangan mata sendiri. Nampak menarik, kira jadilah tu, rupanya banyak yang perlu diperbaiki bagi memantapkan sesebuah persembahan powerpoint. Tugasan selanjutnya, membina bahan bantu mengajar menggunakan powerpoint. Tugasan ini berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Alhamdullah.
Seterusnya, interaksi terakhir kami perlu melengkapkan blog masing-masing dengan senaraikan yang diberikan pensyarah. Banyak juga, tapi atas bimbingan dapatlah juga saya siapkan. Akhir sekali kami perlu menghantar fail yang mengandungi tugasan cara bina blog yang hanya perlu diambil dari internet dan diedit, biodata diri, bahan pembelajaran dan blog yang siap dicetak dan akhir sekali masukkan bahan pembelajaran, folder utama dan subfolder dan refleksi keseluruhan ke dalam CD.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan. Buat keluarga tersayang terima kasih kerana memahami. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah blog dan tugasan-tugasan lain berjaya disiapkan. Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa bantu-membantu. Amin.............
Friday, 28 September 2012
Tips PERCUMA !!!!
Panduan & Teknik Mendidik Anak Yang Cemerlang!
Anak-anak adalah merupakan salah satu anugerah terindah dari Allah kepada mereka yang bergelar Ibu & Bapa. Tidak dapat dinafikan, kehidupan rumahtangga pasti menjadi lebih ceria dan menyeronokkan dengan kehadiran anak-anak.
Namun begitu, ibu-bapa perlu sedar, bahawa anugerah ini juga datang dengan sebuah tanggungjawap yang besar, iaitu tanggungjawap untuk mendidik dan membentuk si anak , agar menjadi seorang insan yang berguna dan cemerlang. Ianya adalah satu tanggungjawap yang besar untuk ibu-bapa mendidik & mencorakkan kehidupan anak mereka.
Sepertimana Sabda Nabi Muhammad S.A.W..
"Sebaik-baik manusia antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat pada orang lain .."
- Bukhari & Muslim
Sumber : Pn. Suhaila Abu Kassim, Penulis Ebook
PIPP
•Membina negara bangsa
Memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.
•Membangunkan modal insanMeningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.
•Memperkasakan Sekolah KebangsaanMenambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.
•Merapatkan jurang pendidikanMembangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.
•Memartabatkan profesion keguruan
Menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.
•Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikanMemilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah
kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.
Sumber : Mohd Nazri
Memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.
•Membangunkan modal insanMeningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.
•Memperkasakan Sekolah KebangsaanMenambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.
•Merapatkan jurang pendidikanMembangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.
•Memartabatkan profesion keguruan
Menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.
•Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikanMemilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah
kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.
Sumber : Mohd Nazri
Thursday, 27 September 2012
Wednesday, 26 September 2012
Guru Perlu Jujur Didik Anak Bangsa....
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Guru perlu jujur didik anak bangsa cintai tanah air. Guru selaku pendidik bertanggungjawab mengajar anak bangsa agar mencintai tanah air dan memperjuangkan hak mereka dengan jujur, kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
A. Samad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, beliau sangat berharap agar guru bersikap jujur dalam menyampaikan apa juga ilmu kepada para pelajar.
“Saya harap guru adalah asas kejujuran. Guru adalah orang yang mendidik, jadi saya harap sangat mereka jujur untuk mendidik anak-anaknya supaya mencintai tanah airnya dan memperjuangkan hak mereka,” kata beliau ketika ditemui di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, dekat sini, hari ini.Baca Lagi >>>>>
.
—–
Sumber : Harakahdaily |16/05/2012|
Engkau Inginkan RedhaNya Tapi...
Duhai diri.. ada sedikit pesanan buatmu..
kau kata kau nak cari redha
Allah..
Betulkah?
Betulkah kau nak cari redha
Allah?
Kalau betul.. kenapa kau tidak serius?
kenapa kau masih bermalas-malas?
kenapa kau masih berlemah-lemah?
kenapa kau tangguh-tangguh kebaikan?
kenapa kau layan sesuatu yang merosakkan?
kenapa kau masih tidak bersungguh-sungguh? Tazkirah>>>>
Sunday, 16 September 2012
Baiki Tulisan Cakar Ayam
Ramai murid di luar sana mengatasi masalah berkaitan tulisan. Oleh itu, isu ini perlu diatasi sebaiknya. Ada murid yang faham bahasa mudah akan dapat perbaiki cara menulis dalam masa yang singkat. Ada juda yang mengambil masa yang lama. Tulisan kanak-kanak yang tidak cermat boleh diperbaiki. Tetapi mesti diteliti terlebih dahulu apakah punca utama murid menulis sedemikian. Disenaraikan antara punca murid mempunyai tulisan yang tidak kemas, tidak tersusun, tertinggal huruf, huruf tidak sekata dan sebagainya di bawah ini :
Baca Lagi>>>>
Sumber : NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Friday, 14 September 2012
Koleksi Simpulan Bahasa Dan Soalan
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:
Sambungan>>>>>
Sumber : Cikgu Wan Salmah
Saturday, 8 September 2012
Beberapa Masalah Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Tajuk ini penting bagi guru dan pelajar. Pengajaran, pembelajaran, dan penguasaan bahasa Malaysia yang sempurna adalah penting bagi para pelajar. Tanpa penguasaan bahasa yang sempurna, seluruh proses pembelajaran yang menggunakan bahasa Malaysia akan menjadi hambar. Perkara ini perlu ditinjau:sebab, walaupun pengajaran bahasa Malaysia pada hari ini dapat dikatakan baik pada keseluruhannya, tetapi masih ada kelemahan-kelemahan yang boleh dibaiki.
Perkara ini dapat dilihat dari enam segi: proses pengajaran dan pembelajaran, sikap (nilai dan dasar), dorongan dalam pembelajaran, beberapa masalah yang menyebabkan kegagalan, dan beberapa masalah guru dalam mengajar.
Baca Lagi>>>>>
Sumber : Profesor Emeritus Abdullah Hassan
Thursday, 6 September 2012
LINUS Tegar
Topik ini adalah berkaitan dengan murid LINUS TEGAR yang saya percaya membelengu reputasi sesebuah sekolah. Pelbagai andaian yang timbul dengan adanya murid kategori TEGAR ini, bermakna guru tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.
Sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah kita bincangkan sedikit mengenai murid LINUS TEGAR ini. Umum sedia maklum, lebih-lebih lagi guru yang mengajar murid kategori ini. Andaikan sehingga bulan Ogos 2011, murid masih belum melepasi konstruk 1 dan 2 sedangkan guru setiap hari memerah idea dan tenaga untuk memastikan murid ini melepasi konstruk 1 hingga 8. Malangnya, ada saki baki murid yang tertinggal akibat tidak melepasi konstruk 1 dan 2.
Bagaimana hal sedemikian boleh terjadi? Adakah guru terlepas pandang murid ini? Saya tidak berpuas hati apabila pelbagai tomahan dilemparkan kepada sesetengah guru LINUS apabila murid TEGAR masih ramai di sekolah berkenaan, guru tersebut didakwa tidak mengajar dengan bagus, guru tidak menjalankan tugas dengan baik, guru tidak buat ‘home work’ untuk kaji masalah murid dan macam-macam lagi.
Kasihan apabila mendengar ramai guru LINUS merungut bukan salah mereka.
CARI JALAN PENYELESAIAN SEGERA>>>>
CARI JALAN PENYELESAIAN SEGERA>>>>
Saturday, 1 September 2012
Kata Adjektif
Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
A. Jenis-jenis kata Adjektif
3. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.
1. Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh
Buku itu berwarna biru.
Budak kurus itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
contoh
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.
Baca seterusnya >>>>>
Sumber : Cikgu Haidi
Friday, 31 August 2012
Penjodoh Bilangan Tahun 1
1- Penjodoh Bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
2- Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa,
saiz dan sebagainya.
3-Contoh-contohnya seperti berikut:
Baris- Untuk benda yang tersusun atau orang yang beratur seperti kedai,pokok,orang.
Batang – Untuk benda yang panjang seperti pembaris, kayu,sungai,pen dan sebagainya.
Biji – Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik,buah-buahan dan sebagainya.
Cucuk – Untuk benda-benda tang dicucuk seperti sate,buah-buahan dan sebagainya.
Das – Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam.
Ekor – untuk haiwan seperti monyet,ayam dan sebagainya.
Gugus -Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan dan sebagainya.
Ikat - untuk benda yang diikat seperti sayur, buah-buahan dan sebagainya.
Jambak – Untuk benda yang dalam bentuk berangkai-rangkai seperti bunga, anak kunci
Keping – Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan dan sebagainya.
Ketul - Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti ais, arang dan sebagainya.
Laras – untuk senjata api seperi senapang, pistol, meriam dan sebagainya.
Lembar -Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali dan sebagainya.
Pasang - Untuk benda-benda yang berpasangan seperti kasut, baju dan sebagainya.
Sikat – Untuk pisang.
Ulas – Untuk isi bua seperti durian, nangka, cempedak dan sebagainya.
Utas – Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti dawai, rantai,tali dan sebagainya.
Sumber : Mamaaina
http://bahasamelayutuisyen.wordpress.com/category/upsr-tatabahasa/
Wednesday, 29 August 2012
REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana
dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan sebuah blog walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran
kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3105 ini, bahawa saya perlu menyiapkan sebuah blog, saya berasa begitu tertekan, bimbang dan tercabar untuk menyiapkannya kerana kecetekan ilmu tentang pembinaan blog.
Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan
semangat saya untuk cuba menghasilkan sebuah blog. Bermula dengan menyoal
rakan-rakan guru yang pernah menghasilkan blog dan mencari nota yang berkaitan dengan pembinaan
blog. Saya cuba membina blog melalui ilmu-ilmu yang saya dapat, namun saya masih
tidak faham bagaimana untuk meneroka dan hampir-hampir berputus asa.
Dalam keadaan yang tertekan itu, rupa-rupanya
anak saya yang berumur sebelas tahun memerhatikan saya dan menawarkan diri
untuk membantu. Saya agak terkejut tapi bersyukur kerana Allah telah memudahkan
kerja saya. Walaupun pengetahuannya mengenai blog hanyalah pada peringkat asas pembinaan tapak blog, ianya amat membantu
diri ini.
Akhirnya
dengan bantuannya dapatlah saya menghasilkan sebuah tapak blog yang bagi saya
amatlah hebat. Kemudian setelah tapak
blog sudah ada, saya terus meneroka bagaimana untuk mencantikkan lagi blog
saya, dan berazam untuk terus mengemaskinikan blog saya dan harapan saya semoga
blog saya akan dapat dimanafaatkan oleh orang lain dengan perkongsian ilmu dan pengalaman yang saya ada.
Di
kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan yang telah banyak membantu saya dalam pembinaan
blog ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu
sehinggalah blog ini dapat disiapkan. Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa bantu-membantu. Amin.............
Thursday, 9 August 2012
KATALOG ALAMAT INTERNET
WEB BERITA
Tajuk: Sekolah Dedah Bahaya Facebook
Sinopsis:Pelajar sekolah menengah dan rendah
di negara ini akan
didedahkan tentang bahaya laman sosial yang boleh mendedahkan
mereka kepada risiko menjadi mangsa penculikan dan penipuan terancang.
didedahkan tentang bahaya laman sosial yang boleh mendedahkan
mereka kepada risiko menjadi mangsa penculikan dan penipuan terancang.
Tajuk : Atlet Berpuasa Tetap Menang Emas di
Olimpik 2012
Sinopsis :Atlet warga Britian, Mo Farah telah
memenangi pingat emas acara
larian 10,000 meter di Olimpik London 2012.
larian 10,000 meter di Olimpik London 2012.
TAJUK :
Hilangnya Roh Ramadhan
SINOPSIS:Bulan
yang mulia ini dicemari oleh imej umat islam sendiri
dengan berniaga sesuka hati seawal jam 10 pagi dan pelanggan yang membeli
makanan ini puratanya adalah umat islam.
dengan berniaga sesuka hati seawal jam 10 pagi dan pelanggan yang membeli
makanan ini puratanya adalah umat islam.
WEB/BLOG
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
TAJUK : Tatabahasa
SINOPSIS : Blog Pembelajaran Bahasa Melayu mengenai
bentuk kata
TAJUK : Mari belajar Perkataan KVKVK
SINOPSIS : Blog pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1
TAJUK : BM STPM DAN MARA
SINOPSIS : Blog pembelajaran Bahasa Melayu untuk STPM
dan SPM
WEB/BLOG BERKAITAN SASTERA/BAHASA/SENI/BUDAYA
TAJUK : Genre Drama
SINOPSIS : Blog yang memberikan pendedahan tentang
drama
TAJUK : Seni Dalam Islam
SINOPSIS : Blog mengenai konsep seni dalam islam.
TAJUK : Pena Kembara
SINOPSIS : Blog
mengenai perspektif bahasa oleh Nik Safiah Karim
Wednesday, 8 August 2012
CARA GUNA ENJIN CARIAN DI INTERNET
Enjin Carian Di Internet
Ø ketepatan maklumat yang
diperolehi dalam masa yang cepat.
Ø pengguna enjin carian perlu cekap
untuk mendapatkan carian.
Ø Struktur binaan sesebuah
enjin carian umumnya sama.
Ø GoogleContoh perbincangan : Enjin carian
Kaedah yang betul guna enjin carian di Internet :-
1. Guna kata kunci atau terma
yang unik dan spesifik.
2. Guna tanda tolak (-)
3. Penggunaan tanda pengikat
kata (" ")
4. Pengunaan huruf besar dan
huruf kecil.
5. Tidak menggunakan
perkataan kebiasaan contoh untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. dan tanda seruan.
Namun,enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian jika ia ada dalam
pengikat kata (" ").
6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian.
7. Gunakan perkataan asas bagi
berbahasa
8. Penggunaan Browser History
9. Had masa carian dan guna kaedah
atau perancangan yang lain seperti berikut :-
Ø Penggunaan enjin carian
yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
Ø Membuat pertanyaan dengan
menghantar soalan ke forum-forum elektronik
Ø Menggunakan pakar carian
maklumat yang boleh membantu.
Ø Membuat panggilan telefon
untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
Ø Bertanya soalan atau
maklumat tersebut kepada rakan taulan.
10. Simbol-simbol yang boleh
diguna pakai bagi menambahkan kespesifikan carian:
Ø Tanda tambah ( + )
Ø Tanda aliran ( ~ )
Ø Tanda asterik ( * )
Ø Tanda atau ( OR ) atau ( |
) –
Ø Julat penomboran
Ø Penggunaan carian pintar
atau Advanced Search
Ø Penggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google.
Sumber :
Utusan On Line, Arkib : 09/05/2011
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm
Pautan cara guna enjin carian :
http://www.emelaka.gov.my/bm/images/akhbar/tutorial%20mencari%20maklumat%20menggunakan%20enjin%20carian%20internet.pdf
http://und3r-6r0und.blogspot.com/2012/07/10-tips-guna-enjin-carian.html
http://www.slideshare.net/SMKMatang/cara-penggunaan-enjin-carian
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Mencari
http://en.wikipedia.org/wiki/Web_search_engine
http://www.ilmuit.com/tutorial/74
Pautan cara guna enjin carian :
http://www.emelaka.gov.my/bm/images/akhbar/tutorial%20mencari%20maklumat%20menggunakan%20enjin%20carian%20internet.pdf
http://und3r-6r0und.blogspot.com/2012/07/10-tips-guna-enjin-carian.html
http://www.slideshare.net/SMKMatang/cara-penggunaan-enjin-carian
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Mencari
http://en.wikipedia.org/wiki/Web_search_engine
http://www.ilmuit.com/tutorial/74
Garis Panduan Dan Etika Penggunaan Internet
Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet
ETIKA KOMPUTER
ü Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
ü Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat
MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
- Penggertak
- Penyalahgunaan internet
- Virus
- Hak cipta
- Perisian cetak Rompak
Penggertak:
· Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
· Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuankemusnahan
Penyalahgunaan internet
· Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
Virus:
· Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.
Hak cipta terpelihara
· Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu
Perisian cetak rompak:
- Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual
PRINSIP ETIKA KOMPUTER
• Keseimbangan
• keizinan temaklum
• keadilan
• Meminimum-kan risiko
PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.
SUMBER :
Subscribe to:
Posts (Atom)